Online Diary Corat-coretku: August 2018

Sunday, August 5, 2018

Review 'Aku Lelakimu'

Assalamualaikum

Halluuu semuanyaaa. Lamanya dah tak update. Dah bersawang dah blog. Haha. So kali ni update sebab nak up review novel Aku Lelakimu tulisan Sara Aisha. *Yeayy, my favourite writer*. 

Ringkasan review:


5 bintang saya bagi. ⭐⭐⭐⭐⭐
Plot: Memang tersusun kemas dan tak dapat dijangka sesetengah misteri tak terungkap dalam novel ni. 
Action: Fuhh, bab penulisan action Kak Sara jangan disangkal. Sentiasa meletup. 
Effect thriller: Haih, yg ni jangan dok tanya. Jantung macam nak pecah ja bila baca. Hahaha. Aduhh, menggigil oii. 
Romance: Berbanding novel Kak Sara yg lain, rasanya yg ni la paling sikit romance dia tapi anda akan rasa sweet sangat si Alexander ni. Betapa 'protective'nya dia terhadap Tihani. *i'm melt'*
Penulisan: What i can say is, Kak Sara sangat teliti dalam proses editing. Sebab susah la nak jumpa kesalahan grammar ka kesalah ejaan ka apa ka kesalahan ayat ka. Memang smooth ja baca. Takda rasa terganggu. Dan paling best, setiap fakta dlm buku ni sangat terperinci dan tepat sebab Kak Sara sendiri mengkaji macam² buku dulu sebelum nak menulis. She really did a deep research. 😎😎
Sekian ringkasan review. Di bawah review panjang berjela. Sila baca kalau rajin. Ada la sikit spoiler. Hahha

Siapa² yg pernah baca novel Kak Sara Aisha mesti tahu kehebatan Kak Sara dalam menulis novel bergenre 'action'. Jantung berdegup kencang ja bila baca aksi2 dalam novel Kak Sara sebab terasa real benda tu. It's like, kita bukan membaca tapi kita sedang MENONTON AKSI tu.

Dalam novel kali ni bukan setakat ada aksi, tapi novel kali ni juga tentang Psiko-Thriller. Serius cakap, waktu baca novel ni, berapa kali rasa give up nak baca. Bukan sebab tak best tapi sebab takut bila baca cerita ni. Betapa realnya cara Kak Sara describe setiap babak aksi dan pembunuhan cerita ni. Peluh bercerau sebab takut heroin kita Tihani Rose ni tertangkap.

Cerita ini tentang Tihani Rose yg tiba² terperangkap dalam permainan pembunuhan seorang psikopath. Hidupnya yg asalnya normal tiba-tiba menjadi tunggang langgang kerana menjadi buruan si psikopath tanpa mengetahui sebab yang munasabah. Cuak, takut, ngeri semuanya bercampur baur pastinya. Pembunuhan bersiri mula menjadi semakin tidak terkawal apabila satu persatu nyawa orang tidak bersalah dicabut dgn cara yg sama iaitu cekik sampai mati dan biji matanya dikorek.

Kehadiran penulis kegemaran Tihani iaitu Alexander Aryan, seorang wartawan jenayah yg mempunyai sejarah silam sendiri. Of course he is the hero. Dia banyak di sisi Tihani, bagi semangat dekat Tihani bila satu persatu misteri terbongkar. Alexander ni sebenarnya dah lama perhati Tihani. Sejak 12 tahun lalu lagi di mana peristiwa duka Tihani berlaku. Disebabkan dia wartawan jenayah dan dah banyak menemubual penjenayah psikopath jadi dia dah sangatlah teliti dalam setiap perkara. Yg ni yg menyebabkan cerita ni menarik.

Identiti sebenar pembunuh misteri iaitu Whitekiller mmg dari awal sudah didedah kepada pembaca. Tapi motif sebenar dia membunuh dan memburu Tihani masih lagi misteri. Yes he is the psikopath. Pasti anda akan terkejut bila mengetahui kisah di sebaliknya. Dan paling tak tahan bila baca babak si Whitekiller ni mencabut nyawa mangsanya. Huuhuhu. Kak Sara describe satu persatu. Ngeri jadinya.

Apa yg menjadikan novel ni lagi menarik sebab watak Tihani tu sendiri. Dia bukan seorang heroin yg lemah, she is a fighter. Waktu dia kena tangkap dengan Whitekiller, dia tidak menangis tetapi cepat bangkit beranikan diri. Siap boleh lawan taek kwando lagi dengan Whitekiller ni. Tihani almost menang tapi sebab Whitekiller is a psikopath yg zero rasa takut jadi macam susah sikitla nak menang tu. Tapi teruk la jugak dia belasah si Whitekiller tu. Sampaikan aku tak habis² menjerit 'haa, tabuh lagi. Tendang dia. Cepatt. Larii..' 😂hahahah. Serius best sebab scene lawan tu dia describe satu persatu.

Dan siapa yg pembaca tegar karya Kak Sara mesti tahu lagi satu keistimewaan novel Kak Sara adalah apabila kita baca novel dia kita rasa macam kita tengah mengembara dunia. Cara Kak Sara describe satu persatu tempat tu dah cukup buat kita rasa macam kita pernah pergi ke situ. Dalam novel ni lokasinya di Malaysia sendiri iaitu KL dan Penang. Serta Kak Sara juga bawa kita mengembara ke New Yorkk. Yeayyy.

Sorry kalau review ni macam hambar. Tapi percaya la novel ni memang tak hambar. Dan walaupun tajuk dia macam jiwang tapi novel ini bukan jiwang semata. It has a lot of actions. Dan serius cakap, saya menangis bagai nak rak baca novel ni bila kisah silam Tihani dan Alexander disingkap.

Dan saya juga sengih macam kerang busuk bila tiba part sweet Tihani dan Alex. Tak lupa juga, my adrenaline rush dan jantung mula tachycardia bila baca part pembunuhan dan kejar-kejar. Takut gila. Rasa macam nak skip ja baca part tu tapi memang RUGI BESAR kalau skip part tu. 😂😂

That's all my review. I'm sorry i'm not good in reviewing books. Btw, Thanks for reading. 😊😊 Make sure you grab this novel. There are a lot of mystery you need to know. I am very sure, You will be addicted to all books written by Kak Sara Aisha once you read her book.

Assalamualaikum. 😉😉😉
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen