Online Diary Corat-coretku: May 2011

Monday, May 30, 2011

Perfect ? 1




Bab 1

ARISSA Dania sedang mambaca novel online sambil ber`chatting’ dengan kawan-kawannya di laman web sosial iaitu Facebook apabila ibunya panggil untuk memakan nasi.

         “Nia, mari makan nasi. Mama masak lauk kegemaran kamu ni.”ajak Puan Rania iaitu ibu kepada Arissa.
      
         ‘Ishk,nak makan ke tak hah? Kalau ikut hati, aku malas nak makan .. Tak pelah ape pun tanya lu mak aku masak apa?’putus Arissa selepas berdolak-dalik untuk makan.

          “Mama masak apa,ma?”tanya Arissa pada ibunya.

          “Mama masak ketam masak lemak cili api. Nak ke tak ni adik Nia dah ready nak ambik(ambil) ketam ni.”jawab Puan Rania.

          ‘Alamak,terliur pulak aku dengar.Huhuhu!! Tak pelah makan je lah. Aku suruh geng chat aku tunggu aku kejap.’bebel Arissa di dalam hati sambil tangannya ligat menekan kekunci notebook,hadiah daripada ayahnya. Ayahnya memberikan notebook tersebut kepadanya bersempena dengan kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR. Dia berpesan kepada rakan-rakannya agar tidak log out terlebih dahulu.

           “Nia oii,nak makan ka tak ?”tanya Puan Rania sekali lagi selepas tidak mendapat respon daripada Arissa.

           “Yelah. . .nak makanla ni.”balas Arissa pada Puan Rania.

          ‘Hai,apalah yang dibuat anak dara aku ni dalam bilik dia. Dari balik sekolah sampai sekarang tak keluar-keluar pun. Ni mesti dok(tengah) main notebook dia. Sejak akhir-akhir ni,Puan Rania lihat Arissa selalu terperuk di dalam blilik selepas pulang dari sekolah kerana asyik bermain dengan notebooknya. Tetapi nasiblah prestasi pelajaran Arissa tidak terjejas.

          Arissa keluar dari biliknya lalu melangkah menuju ke dapur. Dia mengambil tempat yang mudah untuk dia menonton televisyen selepas mengambil pinggan lalu mencedok nasi dan lauk kegemarannya. Arissa memakan nasi dengan berselera sekali sambil bersembang dengan ibunya tentang perihal di sekolah.

         Arissa bersekolah di Sekolah Mengah Kebangsaan Gurun di tingkatan 3 merupakan seorang murid yang cemerlang di dalam akademik mahupun kokurikulum. Tetapi dia tidak mahu bersekolah di sekolah berasrama sebaliknya dia ingin bersekolah di sekolah harian. Walhal semasa di sekolah rendah dahulu sudah disematkan di hatinya untuk bersekolah di seolah berasrama.
      
          Sebenarnya dahulu dia pernah mendapat tawaran ke sekolah berasrama tetapi dia telah menolaknya kerana dia sanggup berpisah dengan ibu bapanya lagi. Sebenarnya dia ada juga keinginan untuk bersekolah di sekolah berasrama semasa mendapat tawaran tersebut tetapi ibunya telah memujuknya agar tidak bersekolah di sana dengan pelbagai alasan.

         Di sekolah harian, dia telah mengambil aliran arab dan memasuki Kelas Khas yang kesemuanya merupakan pelajar Melayu. Dia sering bersaing dengan budak-budak Cina untuk mendapat tempat pertama di dalam carta top 10. Arissa telah beberapa kali mendapat tempat dalam carta tersebut. Walaupun begitu, dia tidak meninggi diri dan sentiasa membantu rakannya yang mempunyai masalah.

        Pada hujung tahun lepas, dia telah mendapat tawaran untuk menjadi pengawas tetapi dia telah menolak tawaran tersebut.

       Arissa selesai makan, dia terus menuju ke bliknya lalu chatting dengan rakan-rakannya sambil membaca novel online. Sesungguhnya dia suka membaca novel dan sehingga kini dia sudah memiliki 10 buah novel.



 TENGKU Adam Aniq.
     
         Nama yang cukup indah tetapi kehidupannya tidaklah seindah yang disangka. Hidupnya terlampau sunyi dan kekurangan kasih dari ibu dan bapanya. Bukannya tidak sayangkan anak tetapi disebabkan peristiwa yang lalu mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar peristiwa itu tidak berlaku lagi.

         Sudahlah jarang bertemu ibu bapa kerana mereka tinggal jauh daripadanya, dia juga tidak mempunyai rakan kerana ibu dan ayahnya tidak membenarkan dia keluar dari rumah. Dan untuk memastikan Tengku Adam mematuhi arahan mereka telah mengupah guru persendirian dan beberapa orang bodyguard. Nasiblah ada Pak Hassan dan Mak Timah iaitu orang gaji merangkap ibu bapa angkatnya. Dapatlah mereka menghilangkan kebosanan yang melanda diri Tengku Adam.

         Buat sekian kalinya Tengku Adam mengeluh mengenangkan nasib dirinya. Bagi dirinya apalah guna menjadi kaya tapi tidak bebas hendak kemana-mana. Selepas baring dan duduk beberapa kali,dia akhirnya menekan butang on pada laptop lalu melayari internet. Dia mencari lagu-lagu yang best di YOUTUBE lalu mendengarnya sambil melayari internet.
      
          Setelah beberapa kali berfikir hendak berbuat apa,dia akhirnya mencari laman sesawang Facebook dan membuat satu akaun untuk dirinya setelah acap kali mendengar mendengar cerita tentang Facebook di televisyen. Dia meletakkan nama ‘Insan Yang Kesunyian’ dan mengupload gambar Spongebob yang kelihatan seperti bersedih sebagai profile picture.

          Tengku Adam turuh ‘add’ beberapa orang yang terdapat di ruang ‘orang yang mungkin saya kenali’. Dia juga menaip beberapa nama lalu add mereka. Tiba-tiba pencarian Tengku Adam terhenti apabila terlihat gambar picture profile sebuah akaun yang cute gitu. Tanpa berfikir panjang, dia terus ‘add’ gadis itu. Setelah beberapa minit menghantar  request , gadis it terus menerimanya sebagai rakan.

        “Yess !!”ucap Tengku Adam perlahan.

        Sebaik sahaja melihat gadis itu online, dia terus menekan butang untuk chatting dengan gadis itu tetapi malangnya gadis itu telah ‘keluar’.

        “Alahai, baru je nak chat dia da keluar pulak. Hurm… x pewlah sabar jew. Sabar kan separuh daripada iman.”ucap Tengku Adam pada diri sendiri sambil tersenyum senang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen