Bab 2
SEMASA Arissa sedang berchatting dengan rakannya tiba-tiba perutnya terasa senak. Dia segera log out dari akaun Facebooknya tanpa sempat mengatakan selamat tinggal kepada rakan-rakannya yang hendak pulang ke asrama, dan terus berlari menuju ke tandas.
Setelah selesai membuang hajat, dia berehat sebentar di atas katil sambil berangan-rangan. Memang spesis Mat Jenin tapi rasanya tak sesuai gelaran Mat Jenin dengannya tapi kalau Minah Jenin, haa baru sesuai.
“Hurm, kan best kalau ada mamat handsome lagi macho kawan dengan aku…hehehe . . tapi setakat kawan je tak best! Lagipun aku kan cantik…He he he… Perasan pulak tapi memang aku cantik pun… Ahak,ahak,ahak!! Eh, apalah anak dara gelak camni… Control bebeayh, control…Hi hi hi …” Ish,ish,ish… sekali tengok da macam anak dara gila pulak tapi bila dua kali tengok memeng orang gila pon. Orang gila ape? Orang gila angau la… Memang kronik penyakit nie.
“Hish, bestnya. Hu hu hu… eh, sudah-sudahla menggatal, Cik Arissa oiii… time for revision pulak sekarang… He he he !!” bebel de merapu si Arissa lagi. Memang ada potensi besar untuk masuk Tanjung Rambutanla minah ni.
‘Nasib baik Mak Cik Ani tu duduk dekat asrama, kalau tidak kantoi aku. Hu hu hu !!’ desis hati Arissa pula.
“Okey, hari ini kita ulang kaji bahasa…emm…bahasaaa… Ahah! Bahasa Sains, eh ada ka Bahasa Sains? Matapelajaran Sains ada la. Silap pulak. He he he!” gurau Arissa seorang diri sambil menyelak buku teks Sains yang dipegangnya. Arissa membaca buku tersebut sambil berbaring di atas katil.
Selepas beberapa minit membaca, Arissa kelihatan tersengguk-sengguk seperti menahan kantuk dan tidak beberapa lama kemudian… eyoootttt !! Arissa mula ketiduran. Sememangnya Arissa memang anti buku sebabnya bila dia pegang je dia mesti tiur dan bila dia tidur je mesti masa tu dia pegang buku. Eh, yekew? Tapi ada satu je jenis buku yang bila dia pegang bukan je dia tak mengantuk tapi lebih segar iaitu novel………………cintaaa….ish, ish, ish!!
Walaupun dia gemar tertidur semasa membaca buku pelajaran tetapi dia tetap fokus semasa guru mengajar. Dia akan menumpukan perhatian 100% pada pembelajaran guru. Baginya otaknya lebih senang menerima ilmu pada waktu itu. Sebab itulah bila orang bertanya akan rahsia kejayaannya, dia hanya menjawab ‘tumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar’. Dan apabila orang bertanya ‘adakah dia membuat ulang kaji di rumah?’ dia akan menjawab dengan selamba badaknya ‘Tidak! Apabila di rumah saya hanya bermain FB dan baca novel’. Memang tak tahu cover langsung !
Semasa Arissa sedang nyenyak tidur, Puan Rania telah masuk ke bilik Arissa untuk membuat ‘sport check’. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Ariss, Puan Rania melihat Arissa sedang tidur dengan aksi kuak lentangnya sambil tersengih-sengih.
“Ya Allah, apalah nak jadi dengan anak dara aku ni? Dah la tidoq terlentang siap tersengih-sengih lagi. Kalau oqang laki nampakla, asal nak mai meminang terus cabut lari kut.” bebel Puan Rania sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Puan Rania kemuadian melihat jam dinding sudah masuk pukul 5.30 petang menandakan sudah masuk waktu Asar. Tanpa berlengah. Dia terus menggerakkan Arissa yang masih tersengih-sengih.
‘Apalah yang dimimpikan si budak Arissa ni sampai tersengih-sengih macam kerang busuk ni?’ tanya Puan Rania pada diri sendiri.
“Nia…ooo…Nia… Bangun cepat! Pi sembahyang Asar. Dah pukul 5.30 petang dah ni.” gerak Puan Rania sambil mencuit-cuit Arissa.
“Ish, ahli sihir mana pulak ni yang kacau aku dengan pakwe handsome lagi macho ni? Kacau line je lah. Hish, jangan kacaula!” marah Arissa pada Puan Rania yang difikir ahli sihir di dalam mimpinya.
“Amboi, sedap-sedap ja kata aku ni ahli sihir. Padahal badan aku ni bukan main vogue lagi.” gumam Puan Rania sambil mengetap-ngetapkan bibirnya. Dia mula berasap.
“Hai, anak dara! Bangun cepat! Asar nak habis dah ni. Dia pulak boleh mimpi merepek pulak.” Puan Rania menguatkan sedikit suaranya. Tangannya pula mencubit-cubit lengan Arissa.
Arissa yang masih terkejut terus terbangun dan berdiri tegak seperti hendak menyanyikan lagu ‘Negaraku’. Dia yang masih mamai baru tersedar ibunyaberada di dalam biliknya.
“Eh, apa mama buat dalam bilik Nia?”tanya Arissa kerana pelik melihat ibunya berada di dalam biliknya.
“Buat apa lagi, gerak Nia la nak suruh bangun sembahyang Asar.” jawab Puan Rania.
“Ooo…Dah masuk ek? Okeylah, Nia pi ambik air sembahyang dulu.” Arissa mula melangkah menuju ke bilik air. Tiba-tiba dia menghentikan langkahnya.
“Hah, mama buat apa lagi dalam bilik Nia? Jom la ambik air sembahyang sama-sama dan tunaikan rukun Islam yang ke-3.”ujar Arissa lagak seorang ustazah pada muridnya.
“Amboi, pandai pulak nak mengajar kita. Nak kena kot.” Puan Rania pura-pura marah.
“He he he! Patik mohon ampun,Tuanku. Patik janji tak buat lagi. Aaaa…!!” Arissa mula membuka seribu langkah apabila melihat Puan Rania hendak mengejarnya. Dia turut terjerit. Biasalah tindakan refleks akiat terkejut.
“Ish, budak ni… Memang nak kena sungguhla.” omel Puan Rania seorang diri. Tidak lama kemudian dia mula mengukir senyuman. Lucu melihat gelagat anaknya itu.
TENGKU ADAM menuruni tangga Vila Nur Kasih untuk ke dapur sebaik sahaja selesai mandi.
“Assalamualaikum, Mak Timah. Tengah buat apa tu?” Tengku Adam menyapa orang gaji vila tersebut iaitu Fatimah yang telah berkhidmat di situ sejak setahun yang lalu.
“Waalaikumussalam, Adam. Tengah buat cekodok untuk Adam. Kan Adam suka cucur ni.” balas Mak Timah. Mak Timah hanya memanggil Tengku Adam dengan nama ‘Adam’ sahaja. Itupun setelah beberapa kali disuruh oleh Tengku Adam untuk memanggilnya begitu. Kalau ikutkan hati, dia hendak menyebut sekali gelaran ‘Tengku’. Yelah takut dikatakan biadap pula jika memanggil menggunakan nama sahaja. Tambah-tambah darjat mereka tidak sama malah jauh berbeza.
“Ni yang Adam makin sayang dekat Mak Timah ni. He he he!”
“Ooo… jadi selama ni Adam tak seberapa sayangla?” usik Mak Timah. Dia sebenarnya sudah tahu bahawa Tengku Adam amat menyayangi dirinya tanpa perlu bertanya. Tambahan pula, Tengku Adam sudah menganggap dirinya seperti nenek kandungnya.
“Eh, mana ada. Adam sayang sangat Mak Timah dari dulu lagi. Cuma sekarang ni makin bertambah sebab Mak Timah buatkan cucur kegemaran Adam. He he he!” Tengku Adam membalas usikan Mak Timah.
“Oh, kalau Mak Timah tak buatkan cucur kegemaran Adam, tak bertambahla? Sampai hati Adam.” Mak Timah berpura-pura sedih.
“Eh, Mak Timah janganlah sedih. Adam gurau je. Nanti…em…nanti..kalau Mak Timah nangis tak cantikla. Mesti Pak Hassan kahwin lain.” tergagap Tengku Adam menyusun ayat kerana terlalu gabra.
“Uish, awat mulut tu capoi sangat? Ada patut kata macam tu. Masin mulut Adam, tak ka naya Mak Timah.”
“He he he! Tak de lah. Adam gurau je. Alah, Pak Hassan takkan cari yang lain lah. Mak Timah pun cantik ape, lagipun sapelah yang nak sangat dekat Pak Hassan kecuali Mak Timah, bteul tak? Hi hi hi!” selamba badak ja Tengku Adam mengutuk Pak Hassan.
“Amboi, sedapnya mulut mengata oqang. Cabai mulut tu satgi baru tau.” Mak Timah menyambung usikan Tengku Adam. Riuh satu dapur dengan gelak tawa mereka berdua.
Pak Hassan yang barupulang terus menuju ke dapur setelah mendengar gelak tawa yang riuh di dapur.
“Ehem, apa yang lawak sangat sampai ketawa kuat ni? Mengata Pak Hassan ka?” soal Pak Hassan tanpa mengetahui apa yang disoal olehnya benar.
Tawa Tengku Adam dan Mak Timah terhenti apabila melihat Pak Hassan tetapi mereka menyambung semula tawa mereka apabila mendengar soalan dari Pak Hassan.
Pak Hassan yang melihat mereka berdua menyambung semula tawa, berasa pelik. Dia bingung. Akalnya mula mengeluarkan pelbagai andaian. Yelah, belum pernah sebelum ini mereka berdua berkelakuan begitu, tambah-tambah Tengku Adam. Sebelum ni payah bebenor nak melihat dia gelak, tup-tup hari ni gelak mengalahkan apa lagi. Eh, apahal yang tetiba cakap bahasa negori ni?
‘Apahai isteri aku dengan budak Adam ni? Dah gila ka? Kalau ya, aku nak telefon Hospital Bahagia cepat-cepat.’ hati Pak Hassan berkata. Kejam jugak Pak Hassan ni ek ?
“Macam tahu-tahu je Pak Hassan ni, kan Mak Timah?”kata Tengku Adam selepas dapat mengawal tawanya. Sakit perutnya akibat gelak terlalu banyak.
“Betoi tu Adam. Macam tau-tau ja.” setuju Mak Timah.
“Eh, apa yang hampa dok merepek ni? Hah, Mah? Aku tak paham apa yang lawak sangat ni.” celah Pak Hassan sebelum sempat Tengku Adam berkata.
“Hmm…tak dak pa lah. Ha, esok pagi abang tolong pi beli barang dapur sat. Lupa nak suqoh(suruh) abang beli pagi tadi. Dah tinggai sikit ja barang-barang kat dalam peti ais tu.” beritahu Mak Limah pada Pak Hassan.
“Yalah, tapi Mah tolong bagi senarai barang yang Mah nak tu kat abang esok. Takut nanti aku lupa pulak macam hari tu.” pesan Pak Hassan pada Mak Timah.
“Hah, esok Pak Hassan nak pergi pasar ek? Nak ikut boleh? He he!” Tengku Adam menayangkan barisan giginya yang putih itu.
Pak Hassan berasa serba salah mendengar permintaan Tengku Adam. Runsing otaknya memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada Tengku Adam paada kali ini. Ini bukan kali pertama Tengku Adam berkata begitu. Dia tidak berani berkata apa-apa kerana takut ibu dan bapa Tengku Adam memarahinya jika mendapat tahu dia membawa Tengku Adam keluar dari vila ini.
Pak Hassan mencuit Mak Timah sambil memberikan pandangan kepada Mak Timah yang bermaksud ‘Nak bagi ka dia pi? Kalau mak dengan ayah dia tau, nanti kena marah pulak’. Mak Timah yang faham dengan pandangan itu hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu.
Tengku Adam yang melihat tingkah laku mereka berdua berasa hendak tertawa. Dia memang sudah agak akan reaksi mereka berdua.
“Bolehla, Pak Hassan… Mak Timah dengan Pak Hassan tak kesian ke dekat Adam? Tiap-tiap hari asyik terperap dekat dalam rumah je. Please…!!” pujuk Tengku Adam.
“Nantilah Pak Hassan fikir dengan Mak Timah.” Pak Hassan bersuara akhirnya.





No comments:
Post a Comment